Wednesday, December 30, 2015

Tanda Allah masih sayangkan hambaNya

Image result for kita perlu kuat menghadapi ujian hidup

Hidup didunia tak akan sempurna tanpa Ujian.

Dengan adanya ujian itu bermakna Allah masih sayang dan pedulikan kita. DIA menjadikan ujian sebagai agar kita menjadi seorang insan yang lebih kuat, lebih bijak dan lebih mulia serta ingin kita menjadi lebih baik dihadapan-Nya. Mereka yang menghadapi ujian perlulah bersabar kerana Allah sentiasa orang-orang yang sabar.

"Ujian adalah tarbiyah dari Allah"

Setiap manusia pasti diuji...

• Ada manusia yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan.
• Ada manusia yang diuji dengan kesakitan dan diduga dengan pelbagai penyakit.
• Ada manusia yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada manusia yang diuji dengan kegagalan dan muflis.
• Ada manusia yang diuji dengan pangkat dan kedudukan.
• Ada manusia yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita.
• Ada manusia yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh.




"Diri Kalian Kekuatan Bagiku"


Aku Merinduimu -Devotees-

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju.

*** UMMI.... ABAH....
   Kasih sayang kalian sangat2 aku perlukan. Aku tidak akan kuat tanpa kalian. Tanpa kalian aku tidak akan berada ditahap sekarang dan aku tidak akan dapat merasa bahagia seperti sekarang. Ummi, Abah pengorbanan kalian terlalu banyak sejak kelahiranku hingga sekarang.

UMMI....ABAH....
  Doakan kejayaanku didunia dan akhirat dan jangan lupa untuk mendoakan supaya aku dapat menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan buat kalian selama-lamanya... Untuk pengetahuan kalian aku tidak mempunyai sesiapa disisi untuk meluahkan rasa dihati melainkan kalian berdua, ummi abah selain tempat mengadu yang utama iaitu ALLAH  S.W.T....

  Ummi Abah doakan aku agar dapat menjawab final exam BIF 1 dengan baik dan mendapat result yang baik dan dapat membanggakan kalian...

Terima Kasih UMMIABAH....

LOVE U SO MUCH...

#luahan dari anakmu yang tersayang dan sangat memerlukan kalian buat masa sekarang untuk berkongsi rasa yang tidak dapat ditanggung sendirian...
















Tuesday, December 29, 2015

Bitaufiq wannajah fil imtihan...


Moga dipermudahkan oleh ALLAH. Bittaufiq wannajah biiznillah..

Be The Best !!  Do The Best !!  All The Best !!

Sebelas tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.

Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.

Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.

Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,

  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,

  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.

Analisa jawapan anda

11.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T


doa periksa

Sunday, December 27, 2015

ALLAH :)


Assalamualaikum...




"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan mejadi tenang"

Cara2 untuk sentiasa mengingati Allah:-
1. Zikrullah
2. Sentiasa solat 
3. Membaca, mempelajari dan memahami al-Quran
4.Sentiasa bersyukur dan yakin dengan pertolongan Allah
5.Sentiasa melihat kebesaran Allah

Thursday, December 24, 2015

Sunnah Hari Jumaat


 1)  Membaca surah As-Sajadah dan Al-Insan dalam solat Subuh.
 2)  Memperbanyakkan Selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
 3)  Memperbanyakkan berdoa.
 4)  Memakai wangian bagi lelaki.
 5)  Mandi sebelum solat Jumaat.




 6)  Bersugi.
 7)  Memakai pakaian elok dan bersih.
 8)  Banyakkan Solat Sunat sebelum imam mula khutbah.
 9)  Pergi awal ke Masjid.
10) Mengerjakan solat sunat selepas solat Jumaat.
11) Membaca surah al-Kahfi.
12) Diam sewaktu Imam memberikan khutbah.








Wednesday, December 23, 2015

"Kawan Mudah Dicari tapi Sahabat Sukar Diperolehi"





Sahabat merupakan seorang yang boleh membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan, dapat menghilangkan kebimbangan, meredakan kesedihan yang kita hadapi dan sanggup berkorba demi kebaikan kita.

Seorang sahabat adalah  orang yang mampu menjaga dan menyimpan rahsia dan keaiban diri kita serta tidak akan menceritakan keburukan sahabatnya kepada orang lain.
Di muka bumi Allah ini, setiap manusia pasti memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi rasa sewaktu kita gembira dan sedih. 

Zaman sekarang, banyak berlakunya "kawan makan kawan" dan wujudnya istilah "tikam belakang". Ada yang baik didepan kita dan dibelakang dia menceritakan sesuatu tidak elok tentang kita kepada orang lain.

Sahabat juga, kadangkala merupakan penjaga, pelindung dan pemberi semangat kepada kita. Disamping, segala kata-kata nasihatnya akan sentiasa berada dalam ingatan kita.

 Sewaktu kita senang, gembira, ramai kawan yang datang hampiri kita tetapi waktu kita sedih, susah dan sedang berduka ramai kawan yang lari tinggalkan kita.
"kawan gembira dan ketawa senang diperoleh manakala kawan bersedih, menangis sukar untuk diperolehi".

"wahai sahabatku peganglah segala rahsiaku dengan baik, tiada gunanya untuk jika korang semua menyebarkan cerita-cerita buruk tentangku kerana ia hanya merugikan kalian semua".



"SAHABAT, ANA SAYANG KALIAN KERANA ALLAH SELAMA-LAMANYA,
INSYAALLAH HINGGA KE SYURGA".

Tuesday, December 22, 2015

Manusia Mampu Berubah



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Setiap manusia berhak untuk berubah. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Manusia boleh berubah daripada kurang baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik dan yang paling penting ialah berubah secara dalaman iaitu sentiasa memperbetulkan niat segala yang dilakukan adalah kerana Allah.
Akhir kata, istiqamahlah dalam melakukan perubahan. Janganlah hiraukan apa yang akan diperkatakan oleh orang sekeliling kerana niat seseorang itu berubah adalah kerana Allah.
Yang baik itu daripada Allah,
Yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.
ASSALAMUALAIKUM....