Tuesday, December 22, 2015

Manusia Mampu Berubah



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Setiap manusia berhak untuk berubah. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Manusia boleh berubah daripada kurang baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik dan yang paling penting ialah berubah secara dalaman iaitu sentiasa memperbetulkan niat segala yang dilakukan adalah kerana Allah.
Akhir kata, istiqamahlah dalam melakukan perubahan. Janganlah hiraukan apa yang akan diperkatakan oleh orang sekeliling kerana niat seseorang itu berubah adalah kerana Allah.
Yang baik itu daripada Allah,
Yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.
ASSALAMUALAIKUM....

1 comment: