Wednesday, December 23, 2015

"Kawan Mudah Dicari tapi Sahabat Sukar Diperolehi"





Sahabat merupakan seorang yang boleh membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan, dapat menghilangkan kebimbangan, meredakan kesedihan yang kita hadapi dan sanggup berkorba demi kebaikan kita.

Seorang sahabat adalah  orang yang mampu menjaga dan menyimpan rahsia dan keaiban diri kita serta tidak akan menceritakan keburukan sahabatnya kepada orang lain.
Di muka bumi Allah ini, setiap manusia pasti memerlukan seorang sahabat untuk berkongsi rasa sewaktu kita gembira dan sedih. 

Zaman sekarang, banyak berlakunya "kawan makan kawan" dan wujudnya istilah "tikam belakang". Ada yang baik didepan kita dan dibelakang dia menceritakan sesuatu tidak elok tentang kita kepada orang lain.

Sahabat juga, kadangkala merupakan penjaga, pelindung dan pemberi semangat kepada kita. Disamping, segala kata-kata nasihatnya akan sentiasa berada dalam ingatan kita.

 Sewaktu kita senang, gembira, ramai kawan yang datang hampiri kita tetapi waktu kita sedih, susah dan sedang berduka ramai kawan yang lari tinggalkan kita.
"kawan gembira dan ketawa senang diperoleh manakala kawan bersedih, menangis sukar untuk diperolehi".

"wahai sahabatku peganglah segala rahsiaku dengan baik, tiada gunanya untuk jika korang semua menyebarkan cerita-cerita buruk tentangku kerana ia hanya merugikan kalian semua".



"SAHABAT, ANA SAYANG KALIAN KERANA ALLAH SELAMA-LAMANYA,
INSYAALLAH HINGGA KE SYURGA".

5 comments:

  1. Mencari sahabat ibarat mencari permata dicelah kaca...

    ReplyDelete
  2. Mencari sahabat ibarat mencari permata dicelah kaca...

    ReplyDelete
  3. Kawan ketika gembira senang dicari,
    Kawan ketika susah sukar dicari
    😍😍😍😍

    ReplyDelete