Hidup didunia tak akan sempurna tanpa Ujian.
Dengan adanya ujian itu bermakna Allah masih sayang dan pedulikan kita. DIA menjadikan ujian sebagai agar kita menjadi seorang insan yang lebih kuat, lebih bijak dan lebih mulia serta ingin kita menjadi lebih baik dihadapan-Nya. Mereka yang menghadapi ujian perlulah bersabar kerana Allah sentiasa orang-orang yang sabar.
"Ujian adalah tarbiyah dari Allah"
Setiap manusia pasti diuji...
• Ada manusia yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan.
• Ada manusia yang diuji dengan kesakitan dan diduga dengan pelbagai penyakit.
• Ada manusia yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada manusia yang diuji dengan kegagalan dan muflis.
• Ada manusia yang diuji dengan pangkat dan kedudukan.
• Ada manusia yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita.
• Ada manusia yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh.

No comments:
Post a Comment